National Transformation Programme (NTP)

Program Transformasi Negara (NTP)

The National Transformation Programme (NTP) is an ambitious, multi-lateral plan of change that aims to propel Malaysia into a developed and high-income nation by 2020. The programme consists of two components which are the Government Transformation Programme (GTP) and Economic Transformation Programme (ETP).

The GTP spearheads important social transformation initiatives to transform the Malaysian civil service into an dynamic, innovative, and people-focused administration through the 7 National Key Results Areas (NKRAs). To enable Malaysia to realise its true economic potential, the ETP institutes socio-economic change by focusing on the development of 12 key industries, or National Key Economic Areas (NKEAs), and raising Malaysia's global competitiveness through the implementation of 6 Strategic Reform Initiatives (SRIs).



Program Transformasi Negara (NTP) Malaysia adalah sebuah pelan perubahan multi-lateral yang bercita-cita tinggi serta menyasarkan untuk melonjakkan negara menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program ini dibahagikan kepada 2 komponen: Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

GTP menerajui inisiatif transformasi sosial yang penting untuk mengubah perkhidmatan awam kepada sebuah pentadbiran yang dinamik, inovatif dan berfokuskan masyarakat menerusi 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Bagi membolehkan Malaysia merealisasikan potensi ekonomi sebenar, ETP menginstitusikan perubahan sosioekonomi dengan memfokuskan pembangunan 12 buah industri utama, atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), dan melonjakkan daya saing global Malaysia menerusi pelaksanaan 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

Pelaksanaan rancangan GTP dan ETP secara serentak bakal memastikan pembangunan sebuah infrastruktur kukuh yang akan mewujudkan dan menyokong matlamat pembangunan negara untuk seluruh rakyat Malaysia.